Peminat Pahang FA yang dijangka ke Kuching hanya diperuntukkan 200 tiket sahaja oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) kerana kapasiti Stadium Negeri hanya adalah 22,000. Berita ini diperolehi daripada dada akhbar tempatan hari ini.
Jumlah ini dilihat lebih besar berbanding peruntukan hanya 250-300 tiket untuk peminat Sarawak oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) ketika perlawanan pertama di Stadium Darulmakmur.
Menurut kiraan Sarawak Croc, peruntukan 200 tiket oleh FAS adalah bersamaan 1% daripada jumlah penuh tiket perlawanan yang dijual, yakni 20,000, dimana 2,000 tambahan yang tidak dijual adalah untuk mengelakkan berlaku keterlebihan penonton akibat ibu bapa yang mungkin membawa anak-anak berumur enam tahun dan kebawah tanpa tiket.
Ini jauh lebih tinggi berbanding tindakan PBNP yang dikhabarkan hanya menetapkan 250-300 tiket, yang bersamaan hampir 0.7% tiket untuk stadium berkapasiti 40,000.
Dalam pada itu, tiket perlawanan akan mula dijual di Stadium Negeri sewal jam 10 pagi ini dengan kawalan ketat oleh pihak polis.