Piala Malaysia: Konate ‘makan’ Bujang Senang

Pasukan Bujang Senang terus tenggelam di dalam kancah Piala Malaysia apabila tewas kepada pasukan Terengganu FC II (T-Team) malam ini.

Sarawak memulakan rentak perlawanan garang pada minit ke-11, namun rembatan yang terhasil daripada serangan oleh Ndumba Makeche dan Gilmar Filho sipi daripada sasaran.

Pada minit ke-15, Makan Konate meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan dengan satu rembatan cantik yang menewaskan penjaga gol Sarawak, Shahril Sa’ari.

Tersentak, pasukan bimbingan David Usop cuba mengorak langkah mencari gol penyamaan, tetapi T-Team nyata lebih hebat mengasak dengan rembatan deras Zulhanizam menggegarkan palang gol Sarawak.

Bersambung babak kedua, T-Team meneruskan asakan mereka ke kubu Sarawak, dan usaha mereka sekali membuahkan hasil apabila Makan sekali lagi menemui belakang jaring.

Kali ini, Makan mudah menanduk bola masuk, hasil keadaan kucar kacir di hadapan pintu gol Sarawak, sekaligus meletakkan T-Team semakin selesa di hadapan pada minit ke-52 perlawanan.

Sarawak engan mengalah dan cuba melancarkan beberapa serangan berbahaya, namun usaha mereka gagal melepasi pertahanan T-Team yang dikawal ketat oleh Mohammad Azraie.

Sebaliknya, Zulhanizam pula menambah derita pasukan pelawat dengan jaringan ketiga perlawanan pada minit ke-73, sekaligus meletakkan keputusan perlawanan menjadi 3-0 memihak T-Team.

Dengan perlawanan berbaki 15 minit, kedua-dua pasukan saling berbalas asakan, namun kekebalan benteng pertahanan T-Team terus mengecewakan barisan serangan Sarawak, dengan kemenangan sah milik pasukan tuan rumah pada masa penuh.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top