5 JULAI – Pasukan muda bimbingan David Usop gagal meneruskan rentak kemenangan malam tadi selepas tewas 4-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin. 

Gawang Sarawak FA tidak dapat bertahan lama menentang juara Liga Super tiga kali itu apabila bocor seawal minit ke-11 dengan Marcos Antonio memasukkan hantaran Safiq Rahim untuk gol pertama perlawanan. 

Gabi Guerra meletakkan pasukan tuan rumah dua gol dihadapan pada minit ke-26 dengan sepakan penalti yang mudah memperdayakan penjaga gol Sarawak FA, Shahril Sa’ari. 

Pada babak kedua, JDT meneruskan asakan ke atas kubu pasukan Sarawak FA, dan sekali lagi Gabi meledakkan gol pada minit ke-73, sebelum Naxto Insa memastikan sisa-sisa harapan Sarawak FA untuk bangkit di dalam perlawanan tersebut terkubur terus, empat minit sebelum perlawanan. 

Kedudukan 4-0 memihak tuan rumah JDT kekal sehingga wisel penamat. 

Kekalahan itu melibatkan takkan Sarawak FA di tangga terbawah Kumpulan D di dalam Piala Malaysia musim ini. – sarawakcrocs.com 

40 COMMENTS

  1. Gik lelah…baruk kak main liga super…baruk start..gik ada peluang…hero tamil..kalah dolok..pasya menang…..terus mansang…iboh gostan….

  2. DU target liga super. PM yo pakei sidak santai2 n training jk. Isiklah gol brapo byk skalipun, prlwanan dlm PM yo hnya sbgai pelengkap jadual. Rindok2 raun d malaya nun bah.

  3. tahniah…walaupun kalah..pemain muda sarawak..menunjukan semangat juang yg tinggi….cuma perlu jurulatih dn taktikal yg lebih padu….tommy mawat….terbaek..

  4. Pengajaran yg berguna to the team bila bertemu pasukan yg berkualiti mcm JDT..ambk yg jernih buang yg keruh. Pasti ada sesuatu yg dpt dipelajari dpd kekalahan dgn pasukan JDT. Pemain Sarawak rata2nya pasukan muda,bila dh ckp pengalaman,pasti pengalaman ya akn mendewasakan daknya. Think positif😀

  5. Mun udah kalah ya ibohlah di agung2 gilak dibuka aib tim gilak ada otak x pake juak menjatuhkan moral penyokong jak….paloi x habis2 juak kalah diam2 udahlah iboh menang loba kalah pun loba juak…

  6. Yang xda semangat agik mok nyokong ya harap ktepi. kalah dgn JDT itu biasa, lgpun player kita lelah selepas game lwn kelantan, mmg team lain pun sama ada game sabtu lepas. mmg kta nangga sdak nya main kda apa, tapi pernah sik kta merasa dalam kdudukan sdak nya ? rezeki ada dimana mana, kalah menang boleh berlaku di mana2 pasukan dunia ataupun pasukan kecil .. jangan mnjdi pengkritik yg pelik2 mun siktauk apa2 .. Support lah di mana2 pasukan kta berada .. Kalah itu biasa, menang luar biasa

  7. Coach bila gk nk tukar….mun ndak buat rombakan kah….smpy bila mcmya jak…kalah menang tetap bersama sarawak smpy matii…demibumiknyalangygtrcinta…

  8. Main indah tak indah jadi MCM ni ….cuba lah main bersungguh-sungguh ,kami ni sebagai penyokong amat kecewa keputusan mcm ni….alahai……..

Comments are closed.