Semua pasukan dari Borneo Malaysia tersingkir dari Piala Malaysia malam tadi selepas kesemua pasukan tewas kepada lawan masing-masing, yang juga merupakan pasukan Liga Super.
Sarawak FA yang bertandang ke Lumut untuk bertemu pasukan Liga Super Perak FA, tewas 2-1 walaupun mendahului seawal minit ke-7 melalui jaringan Mateo Roskam.
Di Likas pula, pasukan Liga Premier Sabah FA memaksa bekas juara Piala AFC, JDT FC untuk bermain di dalam masa tambahan sebelum tewas, juga 1-2.
Pasukan Liga FAM Kuching FA pula gagal melakukan kejutan yang diharapkan apabila turut dibelasah teruk oleh pasukan Liga Super Kuala Lumput FA 4-0.
Dengan kekalahan ketiga-tiga pasukan, maka tiada wakil dari Borneo di Pusingan Ketiga Piala FA pada musim ini.