Sesi pengundian Piala FA terus memihak kepada pasukan Sarawak FA apabila mereka dijadualkan berjumpa Perlis FA di pusingan ketiga pertandingan tersebut.
Perlis FA yang kini dilanda ‘zaman kemurungan’ bolasepak kini bermain di Liga Premier, dan hampir menarik diri dari Liga Malaysia musim ini ekoran masalah dana.
Pasukan negeri paling kerdil di Malaysia itu kini sedang mengalami nasib terumbang ambing di Liga Premier dan dijangka menjadi lawan mudah bagi pasukan Liga Super seperti Sarawak FA.
Sungguhpun demikian, pasukan bimbingan David Usop tidak boleh mendabik dada kerana mereka pernah tersingkir dari Piala FA akibat tewas kepada pasukan Pulau Pinang musim 2014, yang pada ketika itu, merupakan pasukan Liga Premier.
Perlawanan menentang Perlis FA dijadualkan pada 10 dan 11 Mac kelak.