Pasukan belia Sarawak FA kelmarin berjaya membawa pulang satu mata berharga setelah mengikat pasukan Sekolah Sukan Malaysia Pahang bawah 17 tahun dalam aksi Piala Belia di Stadium Mini Sekolah Sukan Malaysia Pahang di Gambang.
Perlawanan yang berlangsung di tempat lawan itu menyaksikan kedua-dua pasukan buntu dalam mencari gol kemenangan, sekaligus memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata setelah perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0.
Keputusan seri tersebut meletakkan pasukan belia Sarawak di kedudukan kelima dari 10 pasukan liga dengan kutipan 12 mata dari 9 perlawanan pusingan pertama kempen Piala Belia 2017.
Pasukan belia Sarawak FA akan melayan kunjungan pasukan SSMP di Stadium Negeri dalam pusingan kedua Piala Belia pada 3 Mei 2017.