Piala Belia dan Piala Presiden berformat khas musim ini

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Kali ke-12 telah menetapkan dan mengumumkan format dua pertandingan di bawah kelolaan FAM iaitu Piala Presiden dan Piala Belia.

menurut kenyataan FAM, format baharu untuk musim 2021 ini digunapakai untuk musim ini sahaja.

Format kedua-dua pertandingan ini diubah selepas mengambil kira situasi pandemik COVID-19 yang masih melanda negara ketika ini selain seiring dengan pendekatan FAM dalam menjadikan tahun 2021 sebagai ‘transitional year’ atau tahun peralihan untuk mengemudi pertandingan-pertandingan di bawah kelolaan FAM untuk tahun ini selain untuk memastikan kesinambungan liga sehingga akhir musim.

FAM dalam pada itu telah mengumumkan bahawa sebanyak 19 pasukan telah menghantar pemohonan untuk menyertai Piala Presiden musim ini dengan 20 pasukan lagi telah menghantar permohonan untuk menyertai Piala Belia musim 2021.

Format pertandingan baharu Piala Presiden dan Piala Belia musim 2021 akan di kategorikan berdasarkan kedudukan geografi mengikut zon yang terdiri daripada zon Selatan, Barat, Utara, Timur dan Tengah (termasuk Sabah dan Sarawak).

Ianya akan bermula pada Jun ini.

Pasukan-pasukan ini akan dibahagikan kepada tiga kumpulan seperti di bawah:

  • Kumpulan A : Zon Selatan, Barat dan Tengah;
  • Kumpulan B : Zon Utara dan Tengah
  • Kumpulan C : Zon Timur, Barat, Tengah.

Format pertandingan baharu ini dilakukan untuk mengendalikan setiap kumpulan pasukan secara bebas antara satu sama lain bagi memastikan liga dapat ditamatkan dalam jangka masa yang ditetapkan lebih-lebih lagi di dalam waktu mencabar ini sekaligus dapat mengurangkan kos perjalanan pasukan antara negeri.

Format baharu kedua-dua pertandingan ini juga merangkumi peringkat kumpulan di mana pasukan teratas bagi ketiga-tiga kumpulan akan berentap di pusingan kalah mati setelah tamat peringkat kumpulan.

Untuk saingan Piala Belia, 16 pasukan terbaik terdiri daripada pasukan teratas Kumpulan A, pasukan teratas Kumpulan B dan pasukan teratas Kumpulan C serta satu pasukan terbaik tempat keenam dari Kumpulan A, B atau C akan bertemu pada Pusingan 16, dengan lapan pemenang akan mara ke Suku Akhir, seterusnya Separuh Akhir dan Final.

Perlawanan-perlawanan bagi Pusingan 16, Suku Akhir dan Separuh Akhir juga akan dijalankan dengan format satu perlawanan sahaja (tiada timbal balik).

Perlawanan akhir, atau Final akan berlangsung secara timbal balik.

Peraturan serta aplikasi format baharu ini dilihat digunapakai di peringkat antarabangsa bagi memastikan perkembangan pertandingan selain pasukan dapat meneruskan perlawanan susulan format pertandingan yang boleh mengelakkan penundaan dan pembatalan perlawanan.

Proses saringan dokumen pasukan kini berada di peringat akhir dan senarai pasukan serta jadual perlawanan buat kedua-dua pertandingan ini akan diumumkan pada awal April ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top