Peminat bola sepak Sarawak FA semestinya mengetahu nama Saiful Amar Sudar.
Saiful merupakan seorang penjaga gol yang tidak asing lagi dalam kancah bola sepak di Sarawak dan Malaysia amnya, dan telah membantu pasukan Sarawak FA menjuarai Liga Premier pada tahun 2013.
Namun kini beliau tidak dapat meneruskan karier kerana mengalami ketumbuhan tumor di bahagian kiri otak.
Pada minggu lepas satu pembedahan telah dilakukan bagi membuang tumor tersebut di PPUM, Kuala Lumpur.
Kos rawatan susulan yang perlu dibayar oleh saudara Saiful walaubagaimanapun dilaporkan amat tinggi dan wang yang ada telah digunakan untuk membayar kos pembedahan sebelum ni sebanyak RM12,000.
Adalah difahamkan bahawa kos bagi rawatan susulan yang dijangka mengambil masa setahun mencecah sehingga RM 18,000
Hari ini Presiden PFAM Safee Sali dan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail datang ke PPUM untuk melawat Saiful.
Pada masa yang juga, Safee turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Saiful.
PFAM menyeru kepada semua warganegara yang perihatin supaya membantu Saiful menerusi kutipan derma bagi meringankan beban beliau.
Derma dan sumbangan boleh dibuat melalui nombor akaun dibawah:
Bank: CIMB
Nombor: 7002817413 (SAIFUL AMAR SUDAR).
Semoga dengan usaha ini saudara Saiful kembali sihat seperti sediakala dan beraksi dalam saingan kancah bola sepak tempatan.
Saiful memulakan aksi profesional bersama pasukan Kuala Lumpur pada 2003, kemudian bersama pasukan PKNS FC (2009-2010), Selangor (2011), Saiful kemudiannya menyertai Sarawak dari tahun 2012 hingga 2013 sebelum beliau berhijrah ke Kedah (2014), PDRM (2015), Perlis (2016), dan Negeri Sembilan (2017-2019).