Malaysia mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka selepas menewaskan Myanmar 2-1 pada aksi kedua di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang malam semalam.
Skuad Harimau Muda A meraih enam mata daripada dua perlawanan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Singapura pada perlawanan pertama kelmarin.
Sementara itu, Thailand yang mengumpul empat mata hasil kemenangan ke atas Singapura dan seri 1-1 dengan Myanmar kelmarin, berpeluang cerah untuk bertemu tuan rumah di pentas final.
-Utusan Online
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



