Perubahan taktikal Elavarasan bawa tuah

Sarawak United telah menukar rentak dan gaya taktikal mereka dalam Piala Malaysia.

Menurut pemain Kenyalang Emas, Sandro Mendonca, ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan telah menukar corak taktikal pasukan tersebut daripada memberi tumpuan kepada pengawalan bola, kepada serangan-kilat.

Perubahan ini menyaksikan dua pasukan Liga Super terpedaya dan menyebabkan pasukannya kini berada di kedudukan teratas Kumpulan A TM Piala Malaysia.

“Ianya telah berfungsi dengan baik setakat ini. Saya telah membantu dalam menjaringkan dua gol dengan menggunakan taktik baharu ini.” jelas Sandro kepada akhbar TheStar.

Sandro turut mahu mengulangi kejayaannya memenangi Piala Malaysia pada 2016, ketika beliau bermain untuk Kedah FA.

// BELI BAJU PEMINAT KUCHING CITY

“Kita memiliki permulaan yang baik tapi kita masih ada empat perlawanan sebelum sah ke suku akhir.

“Kekuatan kami adalah dalam kebolehan kami bekerja sama sebagai satu unit.

“Saya memang sukakan Piala Malaysia. Suasanyanya berbeza, dan ianya adalah berita gembira bahawa peminat boleh menyaksikan kami bermain kelak.” jelas Sandro kepada akhbar sama lagi.

Sarawak United mengejutkan dua pasukan Liga Super dalam dua perlawanan awal TM Piala Malaysia dan kini dalam keadaan baik untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Kelab Kenyalang Emas itu akan bertemu Kuala Lumpur dalam perlawanan ketiga TM Piala Malaysia kelak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top