Pertahanan masih kental biarpun telah bolos tiga kali

Barisan pertahanan Sarawak United masih ampuh biarpun sudah dibolosi dalam tiga perlawanan berturut – turut.

Menurut Ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan, beliau masih merasakan barisan pertahan pasukannya utuh dan tersusun biarpun telah dibolosi secara berturut – turut.

Elavarasan juga menjelaskan bahawa dua daripada tiga gol bolos Sarawak United juga daripada ‘set-piece’ dan ini sekaligus memberi gambaran akan kekebalan barisan pertahanan beliau.

“Kalau dikira tiga gol yang kita bolos, hampir semuanya dari set-pieces. Oleh itu barisan pertahanan masih bagus.” kata Elavarasan.

“Secara keseluruhan pertahanan masih tersusun dan bagus dan beraksi dengan baik.

“Tetapi pertahanan yang kita turunkan kini agak berlainan dari yang kita biasa turunkan jadi buat masa ini, baguslah.” ujarnya lagi.

Sarawak United sebelum ini telah mengekalkan rekod tanpa bolos dan tanpa tewas dalam Liga Premier.

Sungguhpun demikian, sejak dibolosi oleh Skuad FAM – MSN, pasukan bimbingan Elavarasan tewas kepada PDRM, dan telah bolos sekurang – kurangnya satu gol dalam setiap perlawanan selepas itu.

Sarawak United walaubagaimanapun kini di kedudukan kedua teratas Liga Premier dan dilihat menepati ramalan dengan mempamerkan penguasaan dalam hampir semua perlawanan yang diharunginya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top