Rayuan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) terhadap denda RM80,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikekalkan.
Mengikut kenyataan FAM, tidak ada pengurangan di dalam jumlah yang ditetapkan kepada FAS sunguhpun rayuan telah diterima dan diteliti.
Sebelum ini, FAS dikatakan optimistik akan mendapat ‘diskaun’ ke atas denda RM80,000 yang dikenakan akibat rusukan peminat di dalam pertandingan Piala Malaysia 2014 dan Liga Super 2015.
Dalam perkembangan berkaitan, penggantungan pemain Terengganu, Norshahrul Idlan Bin Talaha, telah dikurangkan daripada 5 perlawanan kepada 3 perlawanan. Penggantungan tersebut tidak termasuk penggantungan satu perlawanan yang turut harus dijalankan oleh Norshahrul kerana kad merah yang diperolehinya.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] appeal the decision although we feel that such action will not yield much results especially since Sarawak was given a ‘lighter’ sentence last season with promise that such incident will not happen […]