Biarpun tewas kepada Sarawak United FC, penolong jurulatih kelab tersebut Sulaiman Hussin memuji persembahan pemainnya di atas padang.
Jurulatih berpengalaman itu berkata bahawa pasukan beliau telah bermain dengan baik namun gagal menterjemahkan peluang yang ada.
“Pada saya, daripada tiga perlawanan yang kami lalui, perlawanan hari ini adalah yang paling bagus oleh Kuching City FC.” kata Sulaiman selepas perlawanan.
“Perbezaan hari ini adalah peluang.
“Peluang yang kami cipta tidak diterjemahkan kepada gol.
“Peluang yang Sarawak United dapat, bola duduk dalam net.
“Tiga peluang Sarawak United dapat hari ini, dua dalam net
“Kami rentetan peluang, hampir lima – enam peluang.
“Bola sepak, anda menjaringkan gol, anda ada peluang menang.
“Hari ini, ketumpulan barisan hadapan menyempurnaan peluang adalah perbezaan hari ini.”ujarnya Sulaiman.
Sungguhpun tewas, Sulaiman mengakui beliau dan ketua jurulatih Kuching City tetap bangga dengan persembahan pemainnya.
beliau berkata perlawanan menentang Sarawa United memberi banyak maklumat berkenaan kelebihan dan kelemahan pasukannya dan berharap Kuching City akan bangkit pada perlawanan akan datang.
“Saya dan ketua jurulatih saya tetap bangga dengan persembahan yang diberi oleh pemain Kuching City.
“Banyak kelemahan dan kelebihan telah kami temui, dan kami berharap di perlawanan akan datang, Kuching akan bangkit.
“Kita terima kekalahan hari ini dan akan fokus perlawanan akan datang”. kata Sulaiman lagi.