Pencarian untuk mengisi dua slot pemain import Kuching FA diteruskan selepas laporan Suara Sarawak mengesahkan bahawa Kuching FA berkemungkinan akan mengambil pemain Jepun, Akira Higashiyama.
Kuching sebelum ini mengumumkan bahawa mereka mengekalkan khidmat Yuta Suzuki sebagai pemain import mereka.
Laporan laman tersebut menyatakan bahawa Kuching sedang mencari pemain import yang boleh bermain di bahagian serangan, pertahanan dan sayap.
Suzuki dan Higashiyama kedua-duanya adalah pemain bahagian tengah, dengan Higashiyama berkebolehan bermain sebagai penyerang.
Langkah mencari pemain import di ketiga-tiga bahagian itu menggambarkan betapa Kuching ingin memperkasakan ketiga-tiga bahagian tersebut bagi memastikan pasukan City of Unity itu kompetitif pada musim sulung mereka di Liga Premier.
Kuching yang mereupakan pasukan baharu d Liga Premier dilihat sebagai pasukan ‘Kuda hitam’ oleh kebanyakan pasukan lain.
Ini adalah kerana pasukan yang baru berusia 4 tahun ini dibarisi ramai pemain berpengalaman, dan mempunyai rekod yang agak baik sepanjang perjalanan mereka ke Liga Premier.
Malahan, pasukan Kuching berjaya menyaingi pasukan Liga Super seperti Felda United apabila bermain di Liga M3, dan dianggap sudah pasti lebih kuat pada musim ini memandangkan pasukan tersebut sudahpun menjadi pasukan profesional sepenuhnya.