Perlawanan terakhir Kuching City akan dimainkan di Kuching.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, yang mengesahkan bahawa beliau dan pemain beliau akan terbang ke Kuching dalam minggu ini sebagaiu persediaan melayan kunjungan Terengganu dalam perlawanan terakhir mereka di Piala Malaysia 2021.
Menurut Irfan, pasukannya belum sempat bermain di Kuching musim ini dan ianya adalah satu kesyukuran mereka akhirnya boleh berbuat demikian.
Beliau menambah bahawa sungguhpun Pasir Gudang adalah venue rasmi mereka musim ini, namun ianya masih ‘tempat orang’.
“Perlawanan terakhir adalah di Kuching, tetapi bermain perlawanan pertama kami di Kuching adalah satu kebanggaan.” kata Irfan.
“Walaupun kami berkampung di Pasir Gudang, namun ianya adalah masih tempat orang.
“Jadi dengan berbagai bagai yang kami hadapi, kami bersyukur dapat balik ke Kuching.” kata Irfan lagi.
Dalam perkembangan sama, Irfan juga mengesahkan pemainnya juga rindukan rumah dan menyatakan bahawa pemainnya telah bermain di luar Kuching untuk jangkamasa yang cukup lama dan kemudiannya terpaksa berkampung di Johor.
“home sick tu tentulah. Takda dalam sejarah dunia 25 perlawanan main di tempat orang.” kata Irfan.
Biarpun gembira dapat balik ke Kuching untuk perlawanan terakhir, Irfan juga melahirkan perasaan amat puas hati beliau dengan segala kelengkapan yang telah disediakan sepanjang mereka berkampung di Johor.