Perlawanan play-off diberi Live di FB MFL

Perlawanan penentuan play-off Liga Premier 2020 alan ditayangkan secara langsung oleh Malaysia Football League (MFL) melalui aplikasi Facebook.

Dalam poster promosi terbaharu perlawanan tersebut, MFL memaklumkan bahawa perlawanan tersebut boleh disaksikan melalui FB Live MFL.

Untuk perlawanan bersejarah ini, MFL telah menetapkan sebanyak 12,000 tiket akan dijual kepada peminat dengan 2,000 tiket diperuntukkan untuk tempat duduk pentas utama (grandstand) dan selebihnya untuk tempat duduk terbuka.

Juga dikhabarkan bahawa jualan tiket setakat ini amat memberangsangkan, khususnya jika dibandingkan dengan perlawanan Liga Premier yang melibatkan pasukan Sarawak FA.

Kuching FA dan Sarawak FA perlu memenangi perlawanan yang berlangsung pada jam 8:15PM malam ini bagi menempah tiket ke Liga Premier 2020.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top