Perlawanan pertama Sarawak FA dalam Challenge Cup di tempat lawan

Pasukan Liga Premier Sarawak FA akan memulakan kempen Challengec Cup 2019 dengan bertandang ke Stadium Pasir Gudang bagi menentang JDT FC II.

Mengikut jadual yang dikeluarkan Malaysia Football League, Sarawak dijadualkan menentang pasukan kedua JDT FC itu pada hari Isnin, 5 Ogos, pada jam 9 malam.

Selepas perlawanan tersebut, Sarawak akan berehat hampir dua minggu sebelum melayan kunjungan Kelantan FA di Stadium Sarawak pada 20 Ogos 2019.

Sepak mula perlawanan tersebut dijadualkan pada 8:15PM.

Jadual perlawanan bagi pusingan kedua Challenge Cup belum lagi diedarkan namun Sarawak dilihat mampu melayakkan diri ke pusingan seterusnya jika berjaya menang dua kali di dalam peringkat kumpulan pertandingan tersebut.

Challenge Cup adalah pertandingan sampingan Liga Malaysia yang diadakan bersempena pertandingan Piala Malaysia. Ianya bertujuan membolehkan pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia masih mempunyai perlawanan kompetitif.

Dalam perkembangan sama, Sarawak FA telah menyatakan bahawa Challenge Cup akan digunapakai sebagai persediaan untuk perlawanan play-off bagi memastikan pasukan tersebut terus kekal di Liga Premier musim hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top