Perlawanan Liga Malaysia bakal bertakafur seminit minggu ini

Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan bahawa semua perlawanan di bawah kelolaannya, termasuk perlawanan Liga Super dan Liga Premier bakal bertakafur selama seminit sebelum sepak mula bagi memperingati pemergian pengulas sukan Dato’ Haji Hasbullah Awang.

Arwah Hasbullah, meninggal dunia pada usia 63 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Khamis lalu, dipercayai akibat serangan jantung.

Beliau dianggap lagenda dalam bidang penyiaran sukan kerana seringkali menjadi pengulas perlawanan bolasepak di peringkat dalam dan luar negara.

Sebelum meninggal dunia, arwah Hadbullah telah berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum beliau beralih angin ke Astro Arena pada Januari 2014.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top