Pasukan Bujang Senang berjaya keluar dari zon bahaya malam tadi selepas mengikat pasukan Perak FA di Stadium Perak. 

Perlawanan yang dimainkan di dalam hujan lebat menyaksikan persefahaman di antara dua penyerang import Sarawak, Sahil Suhaimi dan Mateo Roskam mencuri tumpuan dengan beberapa gerakan pantas dan berpotensi yang ditonjolkan kedua-dua penyerang.

Sahil yang baharu sahaja menandatangani kontrak bersama pasukan Bujang Senang tampak selesa di dalam perlawanan yang dimainkan di atas padang becak, dimana beliau dan Roskam kelihatan amat serasi dan memahami gerakan masing-masing.

Milos Raickovic yang juga pertama kali diturunkan banyak memastikan bahagian tengah Sarawak FA lebih teratur dengan beberapa gerakan menarik yang membuka ruang untuk pasukan Sarawak FA memulakan serangan. 
Sungguhpun demikian, keadaan padang yang licin dan ditakungi air menyukarkan kedua-dua pasukan bermain bolasepak dengan sempurna, dengan penjaga gol Sarawak Shahril Saari bertindak cemerlang menyelamatkan gawang Sarawak daripada beberapa serangan berbahaya. 

Dengan keputusan seri tersebut, Sarawak FA naik ke tangga ke-10 Liga Super, mengatasi Melaka United yang kini jatuh ke tangga ke-11.

13 COMMENTS

  1. Keeper sarawak form malam tok. Beberapa percubaan berbahaya dari pasukan perak dpt diselamatkannya. Apapun tahniah pasukan sarawak beraksi dgn baik! Walaupun sekadar seri ditempat lawan.

  2. Kalau mahu terus keluar dari zon penyingkiran maka sarawak perlu memastikan memungut mata.jgn tercicir kerana saingan dari zon penyingkiran pungutan mata tidak jauh beza bila bila masaboleh dipintas.semoga gandingan baru dan lama serta pemain import seharusny mula menunjukkan persefahaman baru boleh bersaing

Comments are closed.