Penyerang berbisa dari Liberia bakal sertai Sarawak United A?

Penyerang sensasi dari Liberia kini dikaitkan dengan Sarawak United A (SUA) dengan tidak kurang dua laman peminat bola sepak Sarawak mendakwa bahawa penyerang terkenal itu kini sudah berada di Kuching.

Patrick Ronaldinho Wleh, yang telah dahulu menyarung jersi Sime Darby FC, PKNS FC, Selangor FC dan PDRM FA kini dikhabarkan adalah antara calon import untuk SUA.

Buat masa ini, belum ada maklumat kukuh berkenaan khabar angin ini, namun ianya tidak mustahil memandangkan SUA kini dilatih oleh E. Elavarasen, yang dahulunya juga pernah menjadi ketua jurulatih PKNS di dalam tempoh yang sama Wleh bermain untuk kelab tersebut.

Semasa bersama PKNS, Wleh telah 45 gol dan beliau diangap antara penyerang paling berbisa pernah dimiliki pasukan tersebut.

Laman Shoot Sampe Bisak Net Tiang Gol Ya adalah antara laman yang memuat naik status berkenaan keberadaan penyerang berusia 28 tahun ini sebentar tadi, dan satu gambar di laman Sarawak United FC memperlihatkan gambar seiras Wleh berlatih bersama SUA di Padang C.

Dengan Liga Premier bermula kurang 22 hari lagi, SUA dilihat kini mempunyai masa terhad untuk melengkapkan senarai pemain.

Pengambilan pemain yang sudah diketahui kemampuannya mungkin adalah antara strategi bagi mempercepatkan proses pengisian slot pemain pasukan yang sebelum ini dikenali sebagai Selangor United.

Walau apapun, Wleh adalah seorang pemain yang cukup berkemampuan dan boleh dianggap satu ‘signing’ yang cukup baik jika dia benar-benar ke SUA.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top