Pasukan Bujang Senang mengesahkan mereka akan merayu akan hukuman gantung enam bulan pemain pertahanannya Hairol Mokhtar yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menurut jurulatih Sarawak, David Usop, hukuman ke atas Hairol adalah ‘sangat keras’ untuk kesalahan yang dilakukannya, dan beliau seboleh-bolehnya berharap Hairol boleh bermain pada permulaan musim 2017.
Hairol digantung enam bulan daripada sebarang aktiviti bolasepak selepas didapati bersalah melakukan kekasaran ke atas pengadil ketika perlawanan Kedah menentang Sarawak pada 13 Julai yang lalu.
Penggantungan tersebut bermakna musim 2016 Hairol kini sudah berakhir, dan beliau tidak akan dapat bermain bolasepak secara profesional di Malaysia sehingga bulan Mac 2017.