Peminat sedih siaran langsung Kuching FA lawan Sarawak FA tersekat-sekat

Peminat bola sepak Sarawak hari ini melahir perasaan sedih bahawa siaran langsung melalui Live Facebook Malaysia Football League (MFL) kini disiarkan dalam keadaan tersekat-sekat.

Rata-rata peminat mengatakan bahawa siaran tersebut tidak jelas dengan ‘delay’ berlaku pada siaran yang mereka saksikan.

Komen-komen yang dibaca di media sosial melihat ramai kecewa dengan keadaan siaran langsung itu.

Hadir peminat yang pada awalnya memikirkan masalah ianya tersekat adalah disebabkan kuota internet mereka telah habis, namun kemudiannya menyedari bahawa ianya adalah masalah pada siaran utama dan bukan rangkaian yang mereka gunakan.

Ada diantara mereka juga mempersoalkan mengapa siaran yang disiarkan terlalu teruk, sehinggakan ‘paparan seperti CD stuck’ kelihatan.

Buat masa ini, Kuching mendahului pasukan Sarawak di Stadium Sarawak dengan gol tunggal pada babak pertama.

Pemenang perlawanan ini akan melayakkan diri ke Liga Premier 2020.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top