Pemain utama skuad Bujang Senang giat dipancing

Menurut sumber SarawakCrocs.com, beberapa pemain utama skuad Sarawak sedang giat dipancing oleh pasukan lain dari Semenanjung Malaysia.

Sumber tersebut enggan mendedahkan pasukan yang membuat ‘pinangan’ tersebut, tetapi menyatakan bahawa Sarawak mungkin akan menghadapi masalah di bahagian pertahanan dan tengah sekiranya pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) gagal bertindak awal bagi mengikat pemain yang mereka ingin kekalkan.

Tambah sumber kami lagi, peminat tidak perlu risau walaubagaimanapun kerana K. Rajagobal juga dikatakan sedang berunding dengan beberapa pemain lain dari luar Sarawak, yang dilihat sudah pasti menjadi pengganti pemain yang sedang ‘dipinang’, jika mereka mengambil keputusan untuk berpindah.

Sumber kami dalam pada itu memberitahu bahawa semua pemain yang kini sedang ‘dipancing’ masih belum membuat keputusan dan mereka berhajat menamatkan kontrak mereka bersama Sarawak sebelum memikirkan hala tuju yang seterusnya. Beliau turut menyatakan bahawa dua daripada tiga pemain tersebut turut menyatakan hajat ingin kekal di Sarawak jika diberi peluang.

Dalam pada itu, kami difahamkan bahawa salah seorang pemain pertahanan Sarawak telah ditawarkan kontrak oleh tiga pasukan lain, seorang lagi telah dipelawa menyertai dua pasukan lain, dan seorang lagi pemain tengah sedang mempertimbangkan kontrak dari lima pasukan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top