Ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti merakamkan terima kasih beliau kepada pemain beliau yang telah memberikan persembahan yang bersungguh – sungguh selepas pasukan beliau terikat dengan PDRM FC Sabtu lalu.
Beliau yang ditemui selepas perlawanan berkata pemain beliau telahpun berusaha sebaiknya biarpun keletihan.
Sungguhpun demikian, kegagalan mengutip mata penuh bukan alasan kata Irfan lagi.
“Saya sedih melihat pemain saya setelah memberikan segala – galanya selepas lima perlawanan.” kata Irfan selepas perlawanan.
“Jadi ada lima lagi perlawanan yang kami perlu hadapi dalam 3 hari sekali, dan pemain – pemain saya telah berjaya mengekang serangan PDRM dalam keadaan letih.
“Ini bukan satu alasan.” ulasnya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Irfan juga melihat kepada kelayakan Piala Malaysia dimana beliau berharap pasukan bimbingannya mampu meraih sekurang kurangnya satu seri atau satu lagi kemenangan pada perlawanan akan datang.
“Kita hanya perlukan satu kemenangan atau satu keputusan seri untuk layak ke Piala Malaysia.
“Terima kasih kepada pemain yang telah memberi 100 peratus kepada perlawanan petang ini.
“Kami tidak mempunyai peluang terbuka pada petang ini tetapi pemain telah memberikan segalanya.” kata Irfan lagi.