Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan mereka kini membenarkan dua pemain senior dari pasukan negeri untuk beraksi pada saingan awal Piala Presiden.
Menurut Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah, keputusan itu berkuat kuasa serta merta bagi memberi peluang kepada pemain senior yang tidak diturunkan dalam saingan Liga Malaysia.
Sungguhpun diberi kelonggaran demikian, FAM mengkehendaki pemain senior yang beraksi di Piala Presiden mematuhi tempoh masa seperti yang ditetapkan dalam pekeliling.
Pihak SarawakCrocs.com tidak mengetahui banyak berkenaan peraturan terbaru ini, dan akan berusaha mendapatkan maklumat lebih lanjut dari pihak berwajib.
Sungguhpun demikian, adalah dipercayai bahawa tindakan FAM ini adalah menyerupai kebiasaan di liga Inggeris yang mana pemain yang tidak bermain untuk liga utama sesebuah pasukan dibenarkan bermain untuk liga simpanan pasukannya.