Pemain Piala Belia Sarawak United buat kerja amal semasa PKP

Beberapa pemain Piala Belia Sarawak United yang masih terkandas di Miri ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang membantu wakil rakyat mengagihkan bekalan makanan dan keperluan khas kepada keluarga – keluarga yang memerlukan.

Mereka juga dilaporkan melaksanakan kerja -kerja kebajikan bersempena PKP yang dilaksanakan ekoran virus Covid-19.

Menurut laporan Utusan Borneo, pemain – pemain ini adalah yang masih tertingal di Miri dan tidak dapat keluar dari Miri ekoran perintah PKP yang telah dilaksanakan.

Beberapa pemain Piala Belia Miri walaubagaimanapun juga telah berjaya pulang ke rumah masing – masing.

Utusan Borneo memetik Presiden Miri FA, Mohd Saif Jubaidi, sebagai berkata “Mereka bersama pengurusan Piala Belia membantu wakil rakyat mengagihkan bekalan makanan dan keperluan khas kepada keluargakeluarga berpendapatan rendah dan miskin.”

Katanya, ia adalah antara usaha membantu masyarakat yang ditimpa kesusahan dalam pelaksanaan PKP sekali gus memberi motivasi kepada pemain-pemain mengenai kerja-kerja amal.

Said juga tidak mahu ibu bapa pemain pasukan Piala Presiden risau kerana kebajikan mereka dijaga dengan baik.

Beliau menjelaskan “Ibu bapa pemain-pemain terbabit tidak perlu risau kerana keselamatan dan kebajikan mereka terjaga dan semua pemain diarahkan agar mematuhi PKP sepanjang tempoh bercuti”.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top