Pemain Liga-S Geylang FC dan Liberia jadi buruan Sarawak

Pasukan Bujang Senang yang kini sedang hangat mencari bakal pemain import baharu selepas telah disahkan bahawa khidmat tiga daripada empat pemain import sedia ada sudah ditamatkan.

Pemain import yang dilepaskan oleh pasukan bimbingan David Usop adalah penyerang sensasi dari Australia, Ndumba Makeche, penyerang dari Brazil, Gilmar Filho, serta pemain tengah dari Timor Leste, Junior Aparecido.

Teah Dennis pula perlu bersaing dengan pemain import lain yang bakal dipanggil untuk sesi pengujian.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop, memaklumkan bahawa dua pemain import dari Geylang International FC yang bermain di Liga Singapura bakal diuji oleh beliau pada 28 November ini.

Sungguhpun David tidak menamakan pemain tersebut, namun siasatan kami di laman web Geylang FC mendapati hanya pemain tengah berumur 30 tahun dari Argentina, Carlos Delgado (Gambar atas sekali) dan Yuki Ichikawa (Gambar bawah), dari Jepun sahaja merupakan pemain import terkini di kelab tersebut.
yuki-ichikawa
Pemain-pemain Geylang FC yang selebihnya adalah warganegara Singapura, dan ini termasuk bekas pemain tengah Lions XII, Gabriel Quak.

Selain dari dua pemain Geylang FC yang bakal dipanggil, David turut memanggil dua pemain dari Liberia untuk sesi pengujian tersebut, dan sedang memerhati beberapa pemain dari Eropah.

Adalah difahamkan bahawa David ingin mencari pemain import bagi memperkuatkan bahagian pertahanan, tengah dan serangan pasukan Bujang Senang pada musim hadapan.

Untuk rumusan perpindahan terkini pasukan Sarawak, sila ke laman ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top