Pemain LBRK Serian FA terima bonus tambahan RM20K

Pemain-pemain Serian FA telah menerima ‘bonus’ tambahan sebanyak RM20,000 daripada penaung Persatuan Bolasepak Bahagian Serian (PBBS) Datuk Richard Riot, kerana berjaya muncul naib juara Liga Bolasepak Rakyat Kebangsaan (LBRK) Edisi kedua. 

Bonus tersebut adalah tambahan kepada hadiah wang tunai RM75,000 yang dimenangi daripada liga LBRK yang berakhir pada bulan lepas. 

Menurut laporan Utusan Borneo, seramai 21 pemain dan lima pegawai pasukan Serian FA terlibat menerima ‘durian runtuh’ tersebut, yang mana telah diagihkan oleh PBBS pada Ahad lepas. 

Dalam perkembangan sama, pengurus pasukan Serian FA turut mengesahkan bahawa pihak PBBS akan bersidang pada bulan hadapan untuk menentukan halatuju pasukan tersebut, yakni sama ada mereka akan menyertai Liga FAM pada musim hadapan. – sarawakcrocs.com 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top