Khabar angin kuat kini di salah satu laman peminat bolasepak Sarawak FA mengatakan bahawa Sarawak FA akan menandatangani seorang pemain Korea.
Menurut laman tersebut, pemain Korea itu telahpun tiba di Kuching, dan dijangka akan diserap ke pasukan Ian Gillan sekiranya lulus ujian perubatan.
Pihak kami buat masa ini tidak dapat mengesahkan berita ini, namun ianya bukan rahsia lagi bahawa pasukan Sarawak FA tidak akan mengambil pemain Australia seperti yang diwar-warkan sebelum ini.
Sebelum ini juga, Ketua Jurulatih Sarawak Ian Gillan telah menamakan Yuki Ichiwaka sebagai antara calon import Asia beliau, namun pada tanggal 20 Januari, tiada berita kehadiran Yuki disebarkan.