Seorang pemain kelahiran Korea Selatan, Park Seung Bin adalah antara pemain yang mengintai peluang untuk mendapatkan kontrak untuk bermain bersama Kuching FA.
Seung Bin dilaporkan telah bersama Kuching FA dalam beberapa siri latihan bagi memikat barisan kejurulatihan pasukan tersebut.
Menurut Utusan Borneo, Seung Bin bukanlah satu-satunya pemain yang mencuba nasib untuk bersama Kuching FA, dengan lebih ramai pemain dijangka akan turut cuba mengisi kekosongan pemain yang ada di dalam pasukan Kuching FA.
Seung Bin dikatakan pernah bermain dengan pasukan Yangju Simin oleh akhbar tersebut namun kami tidak dapat mencari maklumat berkenaan pemain yang didakwa berumur 22-tahun itu.
Ketua Jurulatih Kuching FA dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata mahu melihat dahulu kemampuan pemain-pemain yang ada sebelum membuat keputusan.
Ideris berkata beliau hanya mahu mengambil pemain yang benar-benar berkualiti untuk pasukan.
Dalam perkembangan sama, sesi pengujian Kuching FA akan berakhir pada 14 Disember ini.
yang turun mencuba nasib untuk menyarung jersi Kuching FA.
Park, 22, yang bermain di posisi tengah sebelum ini mewakili kelab Yangju Simin berpangkalan di Korea Selatan.
Selain Park, tiga pemain tempatan dari semenanjung dan beberapa pemain yang beraksi bersama kelab tempatan di sini turut mencuba nasib.
“Esok kita menjangkakan ramai lagi akan datang untuk menjalani ujian.
“Kita akan lihat dulu kemampuan mereka sebelum membuat keputusan pada hari terakhir sesi ujian nanti.
“Kita mahu mencari pemain yang benar-benar berkualiti dan memenuhi kriteria pemain yang boleh membantu skuad kerana saingan Liga Premier jauh lebih sengit,” kata Ideris sambil menambah sesi ujian akan berakhir pada 14 Disember ini.