Pemain kelahiran Sarawak disenaraikan dalam pasukan PJ City 2021

Pemain pertahanan kelahiran Marudi Sarawak, Filemon Anyie Standly, meneruskan karier profesionalnya sebagai pemain bola sepak di kelab Petaling Jaya City FC (PJ City) untuk musim 2021.

Berumur 23 tahun, pemain muda itu tersenarai dalam 25 pemain yang akan mewakili kelab bolasepak PJ City di Liga Super untuk cabaran musim 2021.

Bekas pemain bawah-19 tahun Sarawak FA itu sebelum ini pernah bermain untuk pasukan Perak II, ketika pasukan tersebut masih lagi digelar PKNP FC.

Ketika bersama kelab tersebut, Filemon merupakan antara pemain utama yang sering diturunkan biarpun beliau masih berumur 21 tahun pada ketika itu.

Dengan PJ City, watak Filemon dilihat tidak kurang penting dimana beliau juga kadang – kadang mendapat tempat di dalam kesebelasan utama kelabnya.

Dengan kontrak Filemon kini sah dipanjangkan bersama PJ City, adalah diharapkan bahawa masa depan beliau sebagai antara pemain bola sepak profesional dari Sarawak akan semakin menyerlah.

Sebagai rekod, Filemon juga merupakan anak didik Hakimi Man, yang merupakan jurulatih bola sepak dari Miri.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top