Sarawak United dikhabarkan belum lagi selesai mengisi pemain – pemain utama bagi pasukan tersebut apabila khabar hadir bahawa kelab tersebut telah mengikat pemain dari Pulau Pinang, Muhammad Zahril Azri bin Zabri.
Bekas pemain Selangor ini bermain di posisi tengah, dan beliau merupakan bekas pemain bawah-19 tahun pasukan Malaysia.
Beliau dianggap pemain yang masih muda dan masih berumur 21 tahun.
Buat masa ini, pihak Sarawak United belum membuat pengumuman rasmi berkenaan kemasukan Zahril, namun berita kemasukan beliau telahpun heboh diperkatakan di media sosial.
Jika benar Zahril dibawa masuk, maka kekuatan bahagian tengah Sarawak United di bawah bimbingan E Elavarasan boleh dikatakan amat baik dengan nama pemain – pemain yang ternama disenaraikan di bahagian tersebut.
Sarawak United telah meletakkan sasaran untuk layak ke Liga Super pada tahun 2022, dengan kelab tersebut berhajat menjuarai Liga Premier pada musim 2021.
Sasaran tersebut menyaksikan Sarawak United bukan sahaja berbelanja besar bagi membawa masuk pemain – pemain ternama, tetapi juga menyaksikan kemasukan pegawai dan jurulatih yang dianggap berkebolehan tinggi.