Pemain import terbaharu Sarawak FA, Rodrigo Amorim Oliveira berkemungkinan akan diturunkan menentang UKM FC Rabu ini.
Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais, dia diberitahu bahawa Rodrigo akan diturunkan sebagai kesebelasan utama pasukan Sarawak.
Dengan perkembangan itu, Posa berharap bahawa gandingan baharu Rodrigo, bersama dua pemain import sedia ada Sarawak akan dapat memberikan kemenangan kepada Sarawak.
Ini berikutakan keadaan kritikal pasukan Sarawak yang kini menghuni tangga tercorot Liga Premier dan perlu menang jika mahu keluar daripada zon penyingkiran.
“Saya difahamkan Rodrigo Amorim Oliveira akan diturunkan dalam kesebelasan utama Sarawak dan berharap kehadirannya bersama dua pemain import sedia ada, Pedro Henrique Dias dan Hudson Dias De Jesus dapat membantu menghadiahkan kemenangan kepada pauskan kita”.
Sarawak akan mengharungi perlawanan ke-14 Liga Premier pada hari Rabu ini menentang pasukan UKM FC.
Perlawanan dijadualkan pada jam 8:15PM di Stadium Sarawak.