Kuching City mungkin akan melepaskan seorang lagi pemain import mereka dalam masa terdekat.
Perkara tersebut dilaporkan akhbar Utusan Borneo yang mana menyatakan bahasa seorang lagi pemain import dari kelab tersebut berkemungkinan akan disingkirkan.
Sungguhpun demikian, laporan akhbar tersebut tidak mendedahkan siapakah pemain yang mungkin dilepaskan oleh Kuching City.
Kuching City pada pusingan pertama mendapat pujian pelbagai pihak ekoran corak permainan mereka yang dilihat amat menarik.
Biarpun demikian, pasukan bimbingan Irfan Bakti itu gagal menterjemahkan corak permainan mereka kepada kemenangan ekoran ketumpulan barisan serangan pasukannya.
Irfan dalam pada itu telah berkata bahawa ada beberapa pemain importnya tidak menepati kehendak yang diperlukan pasukan, dan beliau telah memberi bayangan bahawa beberapa pemain import akan dilepaskan apabila jendela perpindahan dibuka.
Hasilnya, Bryan Jones telah dilepaskan oleh Kuching City dengan penyerang baharu, Michael Ijezie Chukwubunna, disahkan sebagai pemain baharu kepada kelab yang akan bertapak di Stadum Negeri pada pusingan kedua Liga Premier.
Persoalan kini adalah siapakah pemain yang bakal dilepaskan Kuching City dan adakah mereka masih boleh berbuat demikian memandangkan jendela perpindahan pemain Liga Malaysia kini sudah ditutup.
Apapun perkembangannya, ianya akan diperhatikan dengan penuh minat oleh peminat bola sepak Sarawak.