Pemain bersemangat untuk Sarawak

Ketua jurulatih pasukan Sarawak United A (SUA) E. Elavarasen memuji sikap pemain beliau.

Menurut jurulatih berpengalaman itu ketika ditemu ramah pemberita selepas pasukannya membelasah JDT FC II Sabtu lalu, pasukan bimbingannya merupakan pasukan yang belum mempunyai banyak perlawanan persediaan selepas beliau dilantik menjadi ketua jurulatih SUA.

Elavarasan berkata bahawa perbezaan paling ketara di antara perlawanan pertama (menentang Pulau Pinang FC) dan JDT FC II adalah perubahan taktikal pasukannya dimana beliau telah berusaha bersama pemain untuk memperbaiki kekurangan yang dikenalpasti semasa perlawanan pertama Liga Premier.

Selain itu, Elavarasan juga memuji sikap pemain SUA yang mahu memberi 100% kepada pasukan dan mahu bekerja keras untuk mendapatkan keputusan baik untuk pasukan.

Kata beliau “Anda tengok, bila kita membina pasukan ini (mereka) tak pernah bermain perlawanan persahabatan dan selepas perlawanan pertama, kita nampak kekurangan kita.

“Jadi kita berusaha dan pemain pun mahu memberi 100% kepada pasukan.

“Jadi saya kena puji pemain kerana bekerja keras kerana nak memberi keputusan yang baik untuk Sarawak.”

Untuk rekod, Elavarasen merupakan ketua jurulatih kedua dilantik mengemudi SUA selepas pihak Sarawak United FC mengambil keputusan menamatkan khidmat jurulatih dari Sepanyol, Magro Olivera selepas kekalahan berterusan semasa siri pra-musim SUA di Malaya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top