Pemain bernilai RM13.5 juta untuk SUB?

Pemain kebangsaan Ghana, Mohammed Kudus dilaporkan oleh akhbar Suara Sarawak sebagai pemain yang dikenalpasti oleh sumber mereka sebagai mungkin menyarung jersi Sarawak United B (SUB).

Carian kami di internet mendapati bahawa Mohammed Kudus diletakkan bernilai 3 juta EURO, yang bersamaan dengan RM13.5 juta oleh laman web www.transfermarkt.com pada 22 Disember 2019.

Berumur hanya 19 tahun, Kudus menurut laman sama bermain sebagai pemain tengah, dan pernah bermain dengan kelab FC Nordsjaelland, dan Nordsjaelland di Denmark.

Kudus, menurut Wikipedia pula meruparakan pemain ke-sembilan termuda pernah bermain untuk FC Nordsjælland dan beliau menyertai pasukan utama Ghana tahun lepas selepas turut dipanggil sebagai pemain bawah 20 tahun Ghana dan pemain bawah 17 tahun Ghana sebelum ini.

Debut Kudus untuk negaranya adalah ketika pasukan Ghana menentang Afrika Selatan di dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika dimana Kudus telah membantu pasukannya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan pada minit ke-80.

Menurut laporan terdahulu, SUB akan menguji pemain dari Ghana pada perlawanan persahabatan di semenanjung Malaysia, di mana pasukan SUB akan bertapak pada musim ini.

Jika benar Kudus adalah pemain yang diperkatakan akan diuji, dan beliau berjaya ditambat oleh SUB, ianya akan pasti menjadikan SUB sebuah pasukan yang mantap dan disegani.

SUB merupakan pasukan Sarawak FA yang dijenama semula selepas pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengambil alih pasukan Selangor United.

Pasukan yang dianggap ‘pasukan asal Sarawak’ ini telah diturunkan ke Liga M3 selepas tewas perlawanan play-off Liga Premier musim lalu kepada Kuching FA.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top