Sarawak FA sering mendapatkan khidmat pemain – pemain dari benua Afrika sebagai pemain import.

Rekod menunjukkan Sarawak FA telah mengambil pemain dari negara Ghana, Zimbabwe, Liberia, Burkina-Faso, Cameroon, South Africa, Lesotho, dan Guinea-Bissau.

Kebanyakan pemain Afrika yang diambil oleh Sarawak FA pada era 90-an merupakan pemain tengah dan penyerang.  Sunguhpun demikian baru – baru ini, Sarawak FA dilihat gemar mengambil pemain pertahanan dari benua tersebut.

Pengambilan pemain dari benua Afrika ada sebabnya. Mereka bukan sahaja mempunyai  tubuh yang besar dan gagah, tetapi juga mempunyai skill bermain bola sepak yang padu.

Kehadira mereka di dalam pasukan Sarawak FA dilihat penting bagi mengimbangi pasukan Sarawak FA yang biasanya mempunyai pemain – pemain tempatan yang bersaiz agak kecil.

Oleh itu, di sini kami menyenaraikan tiga pemain dari benua Afrika yang popular di kalangan peminat pasukan Sarawak FA.

1GUE BWELE

Bwele bersama Sarawak FA dari 2011 – 2013.  Kehadiran beliau membantu Sarawak FA menjuarai Liga Premier pada tahun 2013.

Bwele yang merupakan pemain tengah, terkenal di kalangan peminat bola sepak Sarawak kerana kebolehnya mengawal bola.

Selain itu, beliau juga kental sebagai pemain pertahanan dan merupakan antara aset pertahanan penting pada tahun 2013.  Sikap ramah beliau dengan peminat juga membantu beliau menjadi pemain Afrika paling disukai oleh peminat.

Next