Home PENDAPAT Pemain benua Afrika yang paling menyinar bersama Sarawak FA

Pemain benua Afrika yang paling menyinar bersama Sarawak FA

Sarawak FA sering mendapatkan khidmat pemain – pemain dari benua Afrika sebagai pemain import.

Rekod menunjukkan Sarawak FA telah mengambil pemain dari negara Ghana, Zimbabwe, Liberia, Burkina-Faso, Cameroon, South Africa, Lesotho, dan Guinea-Bissau.

Kebanyakan pemain Afrika yang diambil oleh Sarawak FA pada era 90-an merupakan pemain tengah dan penyerang.  Sunguhpun demikian baru – baru ini, Sarawak FA dilihat gemar mengambil pemain pertahanan dari benua tersebut.

Pengambilan pemain dari benua Afrika ada sebabnya. Mereka bukan sahaja mempunyai  tubuh yang besar dan gagah, tetapi juga mempunyai skill bermain bola sepak yang padu.

Kehadira mereka di dalam pasukan Sarawak FA dilihat penting bagi mengimbangi pasukan Sarawak FA yang biasanya mempunyai pemain – pemain tempatan yang bersaiz agak kecil.

Oleh itu, di sini kami menyenaraikan tiga pemain dari benua Afrika yang popular di kalangan peminat pasukan Sarawak FA.

2ROBERT EHSUN

Walaupun Ehsun tidak lama bersama pasukan Sarawak FA, impak beliau bersama pasukan Sarawak FA dirasai oleh peminat kelab tersebut.

Ehsun menyertai Sarawak FA dari kelab  K.F.C. Dessel Sport pada tahun 2013 dan beliau dilaporkan diturunkan hanya sebanyak 19 kali.

Sungguhpun demikian, Ehsun dikenali sebagai antara pemain Afrika yag rajin di atas padang dan ini terbukti apabila dia gigih mencuri dan mengelecek bola biarpun Sarawak ketinggalan di dalam satu – satu perlawanan.

Previous articlePemain Kuching FA beri sebahagian gaji kepada golongan terjejas Covid-19
Next articleKesan Covid-19 paksa MFL pula potong gaji kakitangan