Sarawak FA sering mendapatkan khidmat pemain – pemain dari benua Afrika sebagai pemain import.
Rekod menunjukkan Sarawak FA telah mengambil pemain dari negara Ghana, Zimbabwe, Liberia, Burkina-Faso, Cameroon, South Africa, Lesotho, dan Guinea-Bissau.
Kebanyakan pemain Afrika yang diambil oleh Sarawak FA pada era 90-an merupakan pemain tengah dan penyerang. Sunguhpun demikian baru – baru ini, Sarawak FA dilihat gemar mengambil pemain pertahanan dari benua tersebut.
Pengambilan pemain dari benua Afrika ada sebabnya. Mereka bukan sahaja mempunyai tubuh yang besar dan gagah, tetapi juga mempunyai skill bermain bola sepak yang padu.
Kehadira mereka di dalam pasukan Sarawak FA dilihat penting bagi mengimbangi pasukan Sarawak FA yang biasanya mempunyai pemain – pemain tempatan yang bersaiz agak kecil.
Oleh itu, di sini kami menyenaraikan tiga pemain dari benua Afrika yang popular di kalangan peminat pasukan Sarawak FA.
NEATHAN GIBSON
Pemain Zimbabwe ini menyertai Sarawak FA dari 1995 – 1996. Beliau merupakan ‘mesin gol dari Afrika’ terhebat pernah dimiliki Sarawak FA.
Rekod menunjukkan Gibson berjaya menjaringkan 19 gol daripada 39 perlawanan yang beliau mainkan bersama Sarawak FA.
Gibson dengan berat hati meninggalkan Sarawak pada tahun 1996 dan beliau telah menyertai beberapa kelab Eropah sebelum akhirnya memasuki arena pengurusan bola sepak.
ROBERT EHSUN
Walaupun Ehsun tidak lama bersama pasukan Sarawak FA, impak beliau bersama pasukan Sarawak FA dirasai oleh peminat kelab tersebut.
Ehsun menyertai Sarawak FA dari kelab K.F.C. Dessel Sport pada tahun 2013 dan beliau dilaporkan diturunkan hanya sebanyak 19 kali.
Sungguhpun demikian, Ehsun dikenali sebagai antara pemain Afrika yag rajin di atas padang dan ini terbukti apabila dia gigih mencuri dan mengelecek bola biarpun Sarawak ketinggalan di dalam satu – satu perlawanan.
GUE BWELE
Bwele bersama Sarawak FA dari 2011 – 2013. Kehadiran beliau membantu Sarawak FA menjuarai Liga Premier pada tahun 2013.
Bwele yang merupakan pemain tengah, terkenal di kalangan peminat bola sepak Sarawak kerana kebolehnya mengawal bola.
Selain itu, beliau juga kental sebagai pemain pertahanan dan merupakan antara aset pertahanan penting pada tahun 2013. Sikap ramah beliau dengan peminat juga membantu beliau menjadi pemain Afrika paling disukai oleh peminat.