Ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti kecewa dengan dua jaringan mudah Perak dalam perlawanan Piala Malaysia menentang pasukannya tempoh hari.
Jelas Irfan, pasukan The Cats melakukan kesilapan dengan memberikan jaringan tersebut yang beliau sifatkan sebagai gol mudah.
Beliau berkata bahawa dua gol mudah itu merugikan kerana bukan senang untuk pasukan menjaringkan gol.
“Saya berpusa hati dengan pemain – pemain tempatan, khususnya pemain – pemain anak Sarawak.” kata Irfan selepas perlawanan menentang Perak.
“Jadi yang mendukacitakan saya ialah dua jaringan melalui kesilapan kita sendiri. Satu daripada penalti dan senang sangat penyerang Perak menewaskan pemain import kita. Itulah yang mendukacitakan.
“Dalam bola sepak ni, nak dapatkan gol bukan senang, tetapi pada masa sama kita telah melepaskan dua gol mudah.” jelasnya lagi.
// DAPATKAN BAJU PEMINAT KUCHING CITY
Dalam pada itu, Irfan turut memuji persembahan pemain – pemain kelahiran Sarawak, khususnya pemain muda.
Beliau yang ditemui selepas perlawann Kuching City menentang Perak berkata beliau gembira dengan prestasi pemain anak Sarawak namun tidak dapat menyembunyikan hakikat pasukan telah terlepas mata penuh dengan melepaskan dua gol mudah.
“Saya begitu gembira dengan tahap kecergasan pemain saya boleh mengatasi masalah kita bermain sekali dalam tiga hari.
“Walaupun saya membuat rotasi, jadi pemain – pemain muda telah menunjukkan permainan yang baik seperti Baggio, Shreen, tapi sedikit dukacita tak dapat mata penuh.” kata Irfan lagi.