Pelantikan Datu Sudarsono Osman sebagai pengurus Harimau Malaya mendapat sokongan ramai di Sarawak.
Timbalan Presiden FAS, Datu Mohd Abu Bakar Marzuki menyokong tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diatas pelantikan tersebut sambil menyatakan bahawa Sudarsono mampu membawa bolasepak Malaysia ke arah lebih baik.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak Lukas Kalang Laeng, turut gembira dan melahirkan keyakinan beliau terhadap kemampuan Sudarsono sebagai pengurus baru Harimau Malaya. Beliau dalam pada itu juga melahirkan kebanggan beliau kerana anak jati Sarawak berjaya diberi tanggunjawab tersebut di peringkat kebangsaan.
Presiden Persatuan Bolasepak Miri (MiFA) turut sama gembira dengan pelantikan Sudarsono kerana beranggapan ianya boleh membantu memotivasikan pegawai tempatan untuk bekerja lebih keras lagi.
Sudarsono telah dilantik oleh FAM sebagai pengurus baru Harimau Malaya awal bulan ini dan dijangka membantu jurulatih baru Dolah Saleh dalam persediaan skuad kebangsaan untuk Piala AFF kelak.
Source: Borneo Post