Kelab bolasepak Kuching FA mengumumkan bahawa pelancaran jersi pasukan tersebut untuk musim 2020 akan dibuat secara tertutup.
Dalam satu ayat ringkas, Kuching menjelaskan bahawa “majlis pelancaran kit Kuching FA 2020 akan diadakan secara tertutup. Video pelancaran kit Kuching FA 2020 boleh disaksikan di akaun rasmi youtube Kuching FA bermula malam esok.”
Akaun Youtube rasmi Kuching FA boleh dilihat di follow di pautan ini.
Buat masa ini, tidak banyak yang diketahui berkenaan jersi Kuching FA yang baharu, melainkan ianya adalah jenama Starsport yang mana juga merupakan jenama milik LSC, sebuah syarikat Sarawak.
Sungguhpun demikian, jikalau mengikut video dan gambar jersi Kuching FA yang sudahpun tertiris, jersi Kuching FA dijangka berwarna hijau dan putih untuk perlawanan di tempat sendiri (home), manakala jersi di tempat lawan akan berwarna ‘oren’.
Jersi penjaga gol pula kelihatan hadir di dalam warna merah jambu.
Apa-apapun rekaan jersi Kuching FA, kami menjangkakan ianya akan mengikuti trend jersi terkini yang mana ianya adalah minimalist.