Pasukan bawah-19 tahun PC SSC telah dinobatkan sebagai juara K-League LSC tahun 2019 selepas berjaya menundukkan Kasika Junior malam tadi di dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut yang berlangsung di Stadium Sarawak.

Perlawanan sengit itu menyaksikan PC SSC dan Kasika terikat tanpa jaringan sehingga masa penuh dan masa tambahan, memaksa juara ditentukan melalui sepakan penalti.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Di dalam penentuan sepakan penalti, PC SCC menunjukkan kekuatan mental yang lebih baik apabila berjaya menewaskan Kasisk 5-4 sekaligus menyaksikan mereka memenangi perlawanan akhir tersebut dan muncul juara kejohanan.

Pertandingan K-League anjuran Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA) itu turut menyaksikan Petra Giants dinobatkan sebagai pasukan di tempat ke-tiga.

Shafiq Aqiemie bin Shamsul dari pasukan PC SSC U19 dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir malam tadi dan kasut emas kejohanan dimiliki oleh Muhammad Asyraf bin Rahim dari Rzurf Excellent yang berjaya menjaringkan 6 gol sepanjang kejohanan.

Presiden KDFA, Fazruddin Abdul Rahman telah hadir untuk menyaksikan perlawanan dan menyampaikan hadiah.