Paulo Rangel kecewa dengan Selangor, bakal mencari pasukan baru

Penyerang sensasi Selangor, Paulo Rangel, akan mula mencari pasukan baru untuk musim 2016 selepas beliau akhirnya bersuara berkenaan krisis dalaman yang berlaku di dalam Selangor melalui instagram beliau.

Menurut Paulo, beliau sudah beberapa bulan tidak menerima gaji, dan amat kecewa kerana telah berusaha bersungguh-sungguh bagi membantu pasukan Selangor bagi musim 2014 selaku pemain yang professional dan beretika.

Tambah penyerang dari Brazil tersebut, beliau amat berharap peminatnya dan peminat Red Giants akan memahami situasinya yang perlu mencari nafkah bagi keluarganya, dan beliau tidak boleh terus bermain tanpa gaji.

Paolo Rangel, Instagram
Dari instagram Paulo Rangel

Dalam pada itu, Paulo berkata bahawa beliau akan mula mencari pasukan baru yang boleh menghormati etika kerja yang betul jika krisis pembayaran gaji beliau tidak diselesaikan oleh pihak Selangor pada minggu hadapan.

Beliau walubagaimanapun berkata pengalaman bermain bersama Red Giants adalah sesuatu yang amat berharga di dalam hidup beliau dan beliau amat menghargai sokongan peminat Selangor selama beliau berada di Shah Alam.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top