Pasukan Sarawak FA yang mewakili Sarawak di dalam liga bola sepak Malaysia sebelum ini secara rasminya telah ‘hilang’ mulai tahun 2020.
Menurut laporan Utusan Sarawak, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan menjenama semula pasukan tersebut menjadi Sarawak United B.
Langkah ini adalah dibuat selepas ahli gabungan FAS menerima jenama baharu Sarawak United.
Dalam perkembangan sama, Sarawak United B akan bertapak sepenuhnya di Selangor, dengan pemain-pemainnya dipetik sebagai kebanyakannya akan berasal dari Sarawak.
Selain Sarawak United B, pasukan Selangor United yang diambil alih oleh FAS akan juga dikenali sebagai Sarawak United A, dengan pasukan Piala Presiden dikenali sebagai pasukan Sarawak United C, dan pasukan Piala Belia sebagai pasukan Sarawak United D.
Walaupun tidak disebut, perubahan dan penjenamaan semula semua pasukan ini kini boleh dikatakan sebagai meletakkan pasukan Sarawak United A sebagai pasukan utama, dengan pasukan Sarawak United B sebagai pasukan simpanan.
Ini pada pengamatan kami, adalah seperti langkah yang kini sudah diambil oleh pasukan JDT FC, Selangor FA, Terengganu FC, dan Perak FA.