Pasukan Piala Presiden Sarawak FA main Liga M3?

Utusan Borneo kelmarin memberi bayangan bahawa pasukan Piala Presiden Sarawak FA mungkin akan menggalas tugas Sarawak FA di Liga M3.

Liga M3 adalah liga amatur yang mana sepatutnya menjadi liga baharu pasukan senior Sarawak FA.

Walaubagaimanapun, beberapa acara telah berlangsung dalam minggu-minggu sebelum ini, sekaligus menyaksikan Posa Majais yag merupakan presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengumumkan pengambilalihan dan penjenamaan semula pasukan Selangor United kepada Sarawak United.

Dalam laporan Utusan Borneo itu, pengurus pasukan Piala Presiden Sarawak FA, Philip Jabu dipetik berkata pasukan beliau bersedia menggalas tanggungjawab bermain di Liga M3 sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan.

Phillip yang juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Serian berkata bahawa pemilihan pemain untuk pasukan Piala Presiden musim hadapan telah dilakukan dengan teliti, dan seramai 28 pemain telahpun dipilih.

Menurut laporan Utusan Borneo, keputusan samada pasukan Piala Presiden Sarawak FA akan mewakili Sarawak FA di Liga M3 hanya akan ditentukan sekiranya sah bahawa Sarawak akan kekal di Liga Premier 2020 melalui penjenamaan semula Selangor United kelak.

Sebelum ini, pasukan Kuching FA bermain di Liga M3 sebagai pasukan amatur, namun pasukan tersebut berjaya mengangkat diri ke Liga Premier selepas memenangi perlawanan play-off Liga Premier November lepas.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top