Pasukan Piala Belia Sarawak tewas kepada Negeri Sembilan

Pasukan Piala Belia Sarawak tewas 1-2 kepada pasukan belia Negeri Sembilan hari ini.

Dalam perlawanan yang dimainkan di Stadium Negeri hari ini, pasukan bawah-19 tahun Sarawak itu gagal menyekat kemaraan pasukan Sarawak apabila membenarkan pasukan pelawat mendahului Muhamad Hakimi Kamarulzaman pada minit ke-17.

Amirul Shafizan Mohd Safri menyamakan kedudukan untuk pasukan Sarawak selepas dengan bijak menyudahkan bola hasil hantaran Mohd Nazri Daud.

Pada separuh masa kedua, pasukan bimbingan Pengiran Bala itu bolos lagi apabila membenarkan Hakimi mengambil kesempatan sepenuhnya ke atas kesilapan di bahagian pertahanan Sarawak, sekaligus menyaksikan Negeri Sembilan mendahului perlawanan.

Keputusan 1-2 dengan kelebihan kepada pasukan Negeri Sembilan kekal sehingga tamat perlawanan, sekaligus menyaksikan pasukan Piala Belia Sarawak terus gagal menyerlah di peringkat Kumpulan A Piala Belia.

Lain-lain keputsan Piala Belia hari ini adalah seperti di bawah:
KUMPULAN A
SSMP (B-17) 4-0 PERLIS
PERAK 1-2 PAHANG
SARAWAK 1-2 N SEMBILAN
KEDAH 1-0 SELANGOR
P PINANG 2-3 SABAH

KUMPULAN B
SSBJ B-17 5-0 ATM
FELDA UTD 1-1 KELANTAN
MELAKA 0-2 SSMP B-16
JDT IV 1-0 TERENGGANU

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top