Pemain sayap kiri Sarawak, J Partiban, telah mengumumkan beliau akan meninggalkan pasukan Bujang Senang.
Pengumuman tersebut dibuat melalui akaun media sosial beliau.
Dalam kenyataan ringkas di laman sosial, Partiban berterima kasih kepada semua peminat dan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), sambil mendedahkan keputusan meninggalkan Sarawak bukanlah sesuatu yang beliau pandang ringan.
Sungguhpun demikian, Partiban juga ada memberi indikasi bahawa keputusan beliau meninggalkan Sarawak adalah berpunca daripada sesuatu ‘situasi’ yang beliau hanya jelaskan dengan nada berteka teki.
Partiban dalam pada itu enggan mendedahkan destinasi beliau seterusnya, namun satu dokumen yang bocor dari Persatuan Bolasepak Terengganu kelmarin mengesahkan bahawa Terengganu adalah salah satu kemungkinan destinasi beliau.
Partiban menyertai Sarawak pada musim 2014, dan ditandatangni oleh Ketua Jurulatih pada masa itu, Robert Alberts.