Pahang hidupkan peluang untuk kekal di Liga Super

Peluang untuk tersingkir dari Liga Super terus terbuka bagi lima pasukan berikutan kemenangan yang berjaya dicapai Pahang pada Sabtu lepas.

Pahang yang dijangka ramai akan menjadi pasukan pertama tersingkir ke Liga Premier musim hadapan, menghidupkan peluang mereka untuk kekal di Liga Super apabila menewaskan Selangor 1-0.

Dengan kemenangan tersebut, saingan untuk tersingkir kini kembali menjadi milik Perak, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu dan PDRM, walaupun pada awalnya Perak dilihat akan selamat sekiranya Selangor berjaya menang ke atas Pahang.

Di atas kertas, Pahang mampu keluar terus dari zon penyingkiran sekiranya berjaya memungut mata penuh menentang Pulau Pinang dan T-Team, namun penganalisis SarawakCrocs percaya bahawa Pulau Pinang akan bakal mencorak pasukan mana yang bakal tersingkir ke Liga Premier musim hadapan berikutan dua perlawanan akhir pasukan tersebut adalah bersama Pahang dan Terengganu, yang mana turut berada di sekitar zon penyingkiran.

Jika Pulau Pinang berjaya memungut mata penuh di dalam kedua-dua perlawanan yang bakal dihadapinya, maka tidak mustahil Pahang akan tersingkir ke Liga Premier, dengan diiringi samada Sarawak atau Terengganu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top