Jurulatih Sarawak Robert Alberts telah dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan sebagai berkata bahawa padang tiruan bukan alasan kekalahan sesebuah pasukan.
Menurut sumber, Roberts berkata bahawa dalam bolasepak, bermain di atas padang biasa, mahupun padang tiruan adalah sama kerana ianya melibatkan 11 lawan 11 pemain.
Sungguhpun demikian, Roberts dilaporkan telah membuat persediaan khas untuk membolehkan skuad Bujang Senang berlatih di padang tiruan bagi membolehkan pemainnya bersedia menghadapi perlawanan ke-5 peringkat Kumpulan D Piala Malaysia, yang akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Sebelum ini, wujud kerisauan banyak pihak berkenaan kekebalan pasukan Lions XII di Stadium Jalan Besar yang dikatakan berpunca dari keupayaan mereka bermain dengan baik di atas padang tiruan stadium tersebut.
Pasukan Sarawak dijangka bertemu Lions XII pada 18 September 2012, yang mana kemenangan akan mengesahkan tempat Sarawak ke peringkat Suku Akhir pertandingan.